Welcom to my blog


LED Text Scroller
welcome to my blog

TODAY IS:

Saturday, June 4, 2011

Cinta Yang Benar-Benar Ikhlas

Katanya cinta , Tetapi . . . . .

" Sekiranya benar - benar mencintai saya, JANGAN SENTUH SAYA!
  Sekiranya awak mencintai saya, JANGAN BERDUA - DUAAN DENGAN SAYA!
  Sekiranya awak mencintai saya, TUNDUKKAN PANDANGAN AWAK ITU!
  Sekiranya awak mencintai saya, JAGALAH JARAK DI ANTARA KITA! "

Perhatikan beberapa ungkapan di atas. Kita dapat menangkap pesanan yang begitu hebat nilainya daripada semua ungkapan itu. Perempuan yang berkata sebegitu menjaga perasaan cintanya supaya jauh daripada noda. Bukan itu sahaja, dia juga mengajak lelaki yang mencintainya supaya menjaga cinta dengan akhlak yang terpuji. Dia mengajak lelaki itu menundukkan pandangan, menjaga jarak dan menghindarkan diri daripada berkhalwat.

     Cinta sebenarnya jauh daripada perbuatan - perbuatan maksiat seperti memandang, berdua - duaan dan menyentuh kulit. Sekiranya lebih daripada itu, apatah lagi. Di sini, jelaslah fahaman muda - mudi sekarang tidak tepat. Apabila menyentuh, memandang dan berdua - duaan pun sudah tidak boleh, apatah lagi yang lainnya.

    Mengapa wanita itu tidak mengizinkan orang yang mencintainya memandang terlalu lama? Dia juga tidak mahu berdua - duaan ataupun disentuh kulitnya? Hal ini kerana wanita itu adalah bermartabat, mulia, terpuji serta sangat menjaga kehormatannya. Wanita beginilah yang tergolong antara salah seorang wanita yang disarankan Allah supaya dinikahi. Meninggalkan perbuatan - perbuatan begini juga bertepatan dengan ajaran islam. Jelas yang lelaki dan perempuan bukan mahram tidak boleh saling memandang, berdua - duaan di tempat sunyi dan melakukan perbuatan yang dilarang Allah. Allah berkata dalam Al-Quran yang bermaksud :

 ( Katakan kepada lelaki yang beriman, mereka perlu menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.
     Itu lebih suci untuk mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka lakukan. )
                                                       ( Surah An-Nur, ayat 30  )

    Mungkin lelaki adalah pihak yang paling lemah dalam mengendalikan nafsu. Dia mudah memandang wanita yang dicintainya secara berlebih - lebihan sehingga nafsunya bangkit. Dalam keadaan ini, wanita yang perlu menentukan apa yang berlaku selepas itu. Sekiranya dia rela dirinya dipandang dengan penuh bernafsu, lama - kelamaan pandangan itu semakin membakar dan akhirnya terjadilah zina. Sekiranya wanita mampu memberikan peringatan seperti, "Jangan sentuh saya." ataupun "Tundukkan pandangan awak," kobaran nafsu itu mungkin dapat diredakan. Allah juga berkata :

( "Janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan perihalnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan disoal kelak." )
                                                         ( Surah Al-Israk, ayat 36 )

     Jangan diturutkan pandangan nakal lelaki. Pandangan mereka hanya menyeret ke jurang kesesatan melalui perzinaan. Pada peringkat awal hanya memandang, namun perlahan - lahan pandangan itu membawa kepada perzinaan. Bukan zina perbuatan pun, sekurang - kurangnya zina mata. Semua perbuatan, termasuk pandangan mata, pasti disoal Allah kelak.

     Lelaki sering mencuri-curi pandang ke arah wanita yang dicintainya. Ketika pandangan itu diketahui, pada awalnya dia berasa malu. Namun, lambat-laun pandangan nakal itu diketahui juga. Ketika itulah dia memberikan alasan kononya pandangan itu tidak bermaksud apa-apa dan hanya sekadar suka-suka.

     Wahai kaum lelaki, jangan menipu diri sendiri dengan pandangan nakal itu. Mungkin wanita yang anda pandang mempercayai pandangan anda itu tidak bermaksud apa-apa. Namun Allah mengetahui perkara sebenarnya. Allah berkata di dalam Al-Quran yang bermaksud :

( "Dia mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan hati." )
                                              ( Surah Al-Mukmin, ayat 19 )

      Dengan meneliti kata-kata Allah di atas, kita sekadar ada kelonggaran dalam larangan wanita kepada lelaki itu. Larangannya adalah supaya jangan menyentuh dirinya. Lelaki tidak boleh menyentuh sedangkan hal yang lain dibolehkan. Perkara paling teruk yang dilarang adalah bersentuhan. Hal ini bermakna mereka boleh bertemu di tempat umum, boleh bertanya khabar secara langsung, boleh mengahdiri majlis ilmu yang sama dan sebagainya.
    
       Mengapa wanita yang menjaga cinta melarang lelaki menyentuhnya? Wanita itu tahu perbuatan itu adalah langkah-langkah dalam mendekatkan mereka dengan zina yang begitu jelas larangan Allah. Dilarang mendekati bukan bererti zina itu sendiri dibolehkan. Bukan begitu maksudnya. Apabila menghampiri zina sahaja sudah tidak boleh, apatah lagi melakukannya.

        Sangat bertepatan sekiranya lelaki yang benar-benar mencintai wanita tidak mengajak melakukan zina. Sungguh tidak masuk akal sekiranya lelaki yang benar-benar mencintai wanita mengajaknya mendekati zina. Sekiranya ada lelaki yang benar-benar mencintai anda, semestinya dia memperlakukan anda secara terhormat. Selayaknya layanan yang diterima wanita penghuni syurga. Sekiranya tidak berlaku demikian, anda boleh bertanya kepadanya, "Awak kata awak cinta tetapi mengapa merenung begitu?" "Awak kata awak cinta tetapi mengapa mahu bersentuhan?" "Awak kata awak cinta tetapi mengapa mengajak berzina?" ataupun "Awak kata awak cinta tetapi mengapa menipu?"

        Kita mampu mengubah soalan-soalan di atas kepada bentuk pertanyaan. Contohya, "Sekiranya awak mencintai saya, awak tidak perlu berbohong dengan saya." "Sekiranya awak mencintai saya, awak tidak perlu merenung lama-lama." "Sekiranya awak mencintai saya, awak tidak perlu mengajak saya berdua-duaan." "Sekiranya awak mencintai saya, awak tidak perlu merayu kepada saya seperti ini."

         Apabila lelaki berani melakukan perkara yang menjadi larangan, terbukti cintanya hanya cinta palsu. Cintanya hanya sekadar nafsu. Seandainya dia benar-benar jatuh cinta, pasti sahaja nafsunya jauh lebih besar daripada cinta itu. Hal ini kerana cinta yang sepatutnya tulus dan suci itu sudah hanyut di hadapan orang yang dicintai.

                                          Selamat membaca !! Terima Kasih, =)

No comments:

Post a Comment

widget