Welcom to my blog


LED Text Scroller
welcome to my blog

TODAY IS:

Saturday, October 29, 2011

Buatmu Yang Diingati. . . .

Dihentian ini... terdampar dalam kesunyian.
Dihentian ini... bermacam bayangan menjelma.

   Dalam mendaki menara gading...
   Bak umpama masuk berlukar...

Manusia punya rasa, Tuhan punya kuasa...
Selagi nafas terlekat di rongga...
Jangan sekali berpaling arah... Undur ke belakang..
Kerana sesungguhnya insan yang berjaya,
Tidak kenal erti kekecewaan...

   Janganlah engkau berharap engkau insan lain...
   Sesungguhnya engkau adalah engkau...
   Cubalah cintai diri sendiri...
   Semuanya kucapai kemanisan kejayaan...

Sesungguhnya tiada apa yang mustahil...
Apa jua akan menjadi kenyataan...
Sekiranya ada kesungguhan dan keyakinan...
InsyaAllah, Allah akan kabulkan apa yang diinginkan...
Jika dipohon dengan penuh keyakinan dan keikhlasan...

Semoga berjaya !!! =)

DIA KATA . . . .

Aku katawa, dia kata aku gila.
Aku menangis, dia kata aku sakit jiwa.
Aku senyum, dia kata aku mengada-ngada.
Aku tersengeh, dia kata aku tak ubah macam kera.

Aku ke perpustakaan, dia kata aku ulat buku.
Aku ke bilik air, dia kata aku nak menyolek diri.
Aku berdiri, dia kata aku nak tayang body.
Aku duduk, dia kata aku letih berdiri.

Aku termenung, dia kata aku duk ingat teman lelaki.
Aku gigit jari, dia kata aku kecewa bercinta.
Aku kenyit mata, dia kata aku nak memikat dia.
Aku garu kepala, dia kata aku tak reti kira-kira.

Aku ke koperasi, dia kata aku nak tunjuk kaya.
Aku ke taman, dia kata aku nak berasmara.
Aku tak makan, dia kata aku 'diet'.
Aku ke bilik rawatan, dia kata aku nak ponteng.

Aku ke padang, dia kata aku olahragawati.
Aku ke surau, dia kata aku nak tunjuk alim.
Aku menjeling, dia kata aku sakit hati.
Aku berdandan, dia kata aku nak melawa.

Aku.... aku, aahhh!!! semuanya tak kena.
Kalau dia, eehh!! semuanya sempurna.
Aku mula relax, dia mula tak tentu rasa.
Dia resah, aku buat muka selamba saja...  hahaha!!:D

( Nak hiburkan hati saje )

Saturday, June 4, 2011

Cinta Yang Benar-Benar Ikhlas

Katanya cinta , Tetapi . . . . .

" Sekiranya benar - benar mencintai saya, JANGAN SENTUH SAYA!
  Sekiranya awak mencintai saya, JANGAN BERDUA - DUAAN DENGAN SAYA!
  Sekiranya awak mencintai saya, TUNDUKKAN PANDANGAN AWAK ITU!
  Sekiranya awak mencintai saya, JAGALAH JARAK DI ANTARA KITA! "

Perhatikan beberapa ungkapan di atas. Kita dapat menangkap pesanan yang begitu hebat nilainya daripada semua ungkapan itu. Perempuan yang berkata sebegitu menjaga perasaan cintanya supaya jauh daripada noda. Bukan itu sahaja, dia juga mengajak lelaki yang mencintainya supaya menjaga cinta dengan akhlak yang terpuji. Dia mengajak lelaki itu menundukkan pandangan, menjaga jarak dan menghindarkan diri daripada berkhalwat.

     Cinta sebenarnya jauh daripada perbuatan - perbuatan maksiat seperti memandang, berdua - duaan dan menyentuh kulit. Sekiranya lebih daripada itu, apatah lagi. Di sini, jelaslah fahaman muda - mudi sekarang tidak tepat. Apabila menyentuh, memandang dan berdua - duaan pun sudah tidak boleh, apatah lagi yang lainnya.

    Mengapa wanita itu tidak mengizinkan orang yang mencintainya memandang terlalu lama? Dia juga tidak mahu berdua - duaan ataupun disentuh kulitnya? Hal ini kerana wanita itu adalah bermartabat, mulia, terpuji serta sangat menjaga kehormatannya. Wanita beginilah yang tergolong antara salah seorang wanita yang disarankan Allah supaya dinikahi. Meninggalkan perbuatan - perbuatan begini juga bertepatan dengan ajaran islam. Jelas yang lelaki dan perempuan bukan mahram tidak boleh saling memandang, berdua - duaan di tempat sunyi dan melakukan perbuatan yang dilarang Allah. Allah berkata dalam Al-Quran yang bermaksud :

 ( Katakan kepada lelaki yang beriman, mereka perlu menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.
     Itu lebih suci untuk mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka lakukan. )
                                                       ( Surah An-Nur, ayat 30  )

    Mungkin lelaki adalah pihak yang paling lemah dalam mengendalikan nafsu. Dia mudah memandang wanita yang dicintainya secara berlebih - lebihan sehingga nafsunya bangkit. Dalam keadaan ini, wanita yang perlu menentukan apa yang berlaku selepas itu. Sekiranya dia rela dirinya dipandang dengan penuh bernafsu, lama - kelamaan pandangan itu semakin membakar dan akhirnya terjadilah zina. Sekiranya wanita mampu memberikan peringatan seperti, "Jangan sentuh saya." ataupun "Tundukkan pandangan awak," kobaran nafsu itu mungkin dapat diredakan. Allah juga berkata :

( "Janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan perihalnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan disoal kelak." )
                                                         ( Surah Al-Israk, ayat 36 )

     Jangan diturutkan pandangan nakal lelaki. Pandangan mereka hanya menyeret ke jurang kesesatan melalui perzinaan. Pada peringkat awal hanya memandang, namun perlahan - lahan pandangan itu membawa kepada perzinaan. Bukan zina perbuatan pun, sekurang - kurangnya zina mata. Semua perbuatan, termasuk pandangan mata, pasti disoal Allah kelak.

     Lelaki sering mencuri-curi pandang ke arah wanita yang dicintainya. Ketika pandangan itu diketahui, pada awalnya dia berasa malu. Namun, lambat-laun pandangan nakal itu diketahui juga. Ketika itulah dia memberikan alasan kononya pandangan itu tidak bermaksud apa-apa dan hanya sekadar suka-suka.

     Wahai kaum lelaki, jangan menipu diri sendiri dengan pandangan nakal itu. Mungkin wanita yang anda pandang mempercayai pandangan anda itu tidak bermaksud apa-apa. Namun Allah mengetahui perkara sebenarnya. Allah berkata di dalam Al-Quran yang bermaksud :

( "Dia mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan hati." )
                                              ( Surah Al-Mukmin, ayat 19 )

      Dengan meneliti kata-kata Allah di atas, kita sekadar ada kelonggaran dalam larangan wanita kepada lelaki itu. Larangannya adalah supaya jangan menyentuh dirinya. Lelaki tidak boleh menyentuh sedangkan hal yang lain dibolehkan. Perkara paling teruk yang dilarang adalah bersentuhan. Hal ini bermakna mereka boleh bertemu di tempat umum, boleh bertanya khabar secara langsung, boleh mengahdiri majlis ilmu yang sama dan sebagainya.
    
       Mengapa wanita yang menjaga cinta melarang lelaki menyentuhnya? Wanita itu tahu perbuatan itu adalah langkah-langkah dalam mendekatkan mereka dengan zina yang begitu jelas larangan Allah. Dilarang mendekati bukan bererti zina itu sendiri dibolehkan. Bukan begitu maksudnya. Apabila menghampiri zina sahaja sudah tidak boleh, apatah lagi melakukannya.

        Sangat bertepatan sekiranya lelaki yang benar-benar mencintai wanita tidak mengajak melakukan zina. Sungguh tidak masuk akal sekiranya lelaki yang benar-benar mencintai wanita mengajaknya mendekati zina. Sekiranya ada lelaki yang benar-benar mencintai anda, semestinya dia memperlakukan anda secara terhormat. Selayaknya layanan yang diterima wanita penghuni syurga. Sekiranya tidak berlaku demikian, anda boleh bertanya kepadanya, "Awak kata awak cinta tetapi mengapa merenung begitu?" "Awak kata awak cinta tetapi mengapa mahu bersentuhan?" "Awak kata awak cinta tetapi mengapa mengajak berzina?" ataupun "Awak kata awak cinta tetapi mengapa menipu?"

        Kita mampu mengubah soalan-soalan di atas kepada bentuk pertanyaan. Contohya, "Sekiranya awak mencintai saya, awak tidak perlu berbohong dengan saya." "Sekiranya awak mencintai saya, awak tidak perlu merenung lama-lama." "Sekiranya awak mencintai saya, awak tidak perlu mengajak saya berdua-duaan." "Sekiranya awak mencintai saya, awak tidak perlu merayu kepada saya seperti ini."

         Apabila lelaki berani melakukan perkara yang menjadi larangan, terbukti cintanya hanya cinta palsu. Cintanya hanya sekadar nafsu. Seandainya dia benar-benar jatuh cinta, pasti sahaja nafsunya jauh lebih besar daripada cinta itu. Hal ini kerana cinta yang sepatutnya tulus dan suci itu sudah hanyut di hadapan orang yang dicintai.

                                          Selamat membaca !! Terima Kasih, =)

Cinta Sejati ..

Hujan kau membawa butiran air berirama,
Mengingatkan aku pada seseorang,
Yang saat ini telah mengisi ruang hati & jiwaku,
Tak pernah bisa ku-tepis bayangannya,
Yang selalu memberi kesan terindah dalam hidupku,
Yang bisa membangkitkan kembali semangat hidupku,
Sungguh kau amat bererti dalam hidupku,
Kau mengukir kenangan terindah dalam hidupku,

Mungkin kita tak akan pernah tahu ...
Akan takdir yang telah ditetapkan untuk kita,
Namun Aku akan berusaha berikan yang terbaik untukmu,
Mungkin disetiap kebersamaan kita….

Ada rasa bosan yang menyelimuti hatimu,
Tapi aku akan bersabar menunggu kamu,
Aku akan selalu berusaha dan berdoa kepada-Nya,
Agar kebersamaan kita dijadikan satu dalam ikatan suci,
Cinta sejati ....

Jika ia sebuah cinta ...

jika ia sebuah cinta…..ia tidak mendengar…namun senantiasa bergetar….
jika ia sebuah cinta…..ia tidak buta..namun senantiasa melihat dan merasa..
jika ia sebuah cinta…..ia tidak menyiksa..namun senantiasa menguji..
jika ia sebuah cinta…..ia tidak memaksa..namun senantiasa berusaha..
jika ia sebuah cinta…..ia tidak cantik..namun senantiasa menarik..
jika ia sebuah cinta…..ia tidak datang dengan kata-kata..namun senantiasa menghampiri dengan hati..
jika ia sebuah cinta…..ia tidak terucap dengan kata..namun senantiasa hadir dengan sinar mata..
jika ia sebuah cinta…..ia tidak hanya berjanji..namun senantiasa mencoba
memenangi..
jika ia sebuah cinta…..ia mungkin tidak suci..namun senantiasa tulus..
jika ia sebuah cinta…..ia tidak hadir karena permintaan..namun hadir karena ketentuan…
jika ia sebuah cinta…..ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…
namun hadir karena pengorbanan dan kesetiaan…
Perlakukan setiap cinta seakan cinta terakhirmu, baru kamu akan belajar cara memberi.
Perlakukan setiap hari seakan hari terakhirmu, baru kamu akan belajar cara menghargai.
Jangan pernah menyerah, ingatlah bahwa kasih yang paling indah dan sukses yang
terbesar, mengandung banyak resiko. Yakinlah pada dirimu ketika kamu berkata : Aku
mencintaimu....

~ S . W . E .E . T ~

Bermula gemilang cahaya,
Petunjuk pimpinan yang Esa,
Menempuh jalan hidup di dunia,
Cabaran yang silih berganti,
Dugaan mematangkan diri,
Mengajar erti hidup ini,

Berjuang berkorban demi cinta,
Suka dan duka suratanNya,
Mengenal makna jalan bahagia,
Masa yang silih berlalu,
Semakin hampir saat itu,
Ya Tuhan tunjukkan,
Moga selamat bersamaMu,

Biarpun bersama kekurangan,
Namun bersyukur kurniaan Tuhan,
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri,
DenganMu ku punyai segala,
Tak kan beruntung seisi dunia,
Limpah kurniakan petunjuk bantuan,
Tempuh hari yang mendatang,

Semoga…
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi,
Setiap detik masa dalam amalan jua,
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan,


Semoga dengan ini jambatan menemui,
Cinta yang sejati,
Itu yang abadi,

Berjuang mencari iman taqwa,
Perisai menempuh pancaroba,
Penentu tempat rahmat bahagia,
Seiring teman dan saudara,
Pimpinan tauladan baginda,
Ya Tuhan bantulah,
Moga selamat selamanya.

Monday, April 25, 2011

HARI TAKRIM 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Huhu, pada 24.4.2011 hari yg di mana Sek.Men.SRI Al-Amin Bangi adalah skola ganti di mana semua pelajar al amin diwajibkan hadir ke sekolah kerana hari tersebut adalah hari sekolah ganti..tetapi telah diadakn program hari takrim...jualan kedai diadakan..:) hari tersebut adalah hari yg paling best bg aku dan kwn2 yg lain..hihi..TERSANGAT LA BEST!! BEST GYLERR LAAARHH!! gmba ngn kwn2 byk..



Nama gerai kami~



Dua-dua nampak pendek, tapi comel laa~


Ni bdk MRSM + Al-Amin..


mira,lya,farz,kyra,nad,bash,jaja n keyla..


Friend forever~


~PMR 9A,8A, and 7A~


Friendship forever..


maeza,najia,farz,lya, and kautsar~


Bdk Maahad + Al-Amin~


Busy menjual la katekan..hihi..:P


Huda,dee,sara,farz,baiti...
AND
hakim laa....:)


Semoga persahabatan kita akan kekal selama-lamanya.....GEN 12 TERBAIK laarhh,,.. syg korg sume..

~FRIEND'S FOREVER~

Otak same ngan aku kalo jumpe!!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

 Ha,, ni mmber ak..ak syg kott kat dy..otak dy mmg ahh..sme ngn otak ak auw..klo jmpe cm senget ah otak ktorg..huhu, ak stat rpat ngn dy taon lpas..akher bln 9..huhu, 1st2 knl dy, ak nymph gyle ngn dy..tp ble lme2 knl dy..baru tw,otak dy sgt best kott..huhu..:) mmg kwn yg best ah..otak sakai punyerr.. whoOt whoOt! haha...bezfren dy SABRINA..ha,dua org tu mmg rapat la..kemane2 mst berdua..klo jmpe un sme..mst berdua..xnk ajak ak un..cehh! padahal ak yg x nk join enn..tbe slhkn dorg..tp, skrg dy da pindah skola laa...xpe la,ble berjauhan org kate akn sllu rindu dan teringat2..hihi..:P  hari takrim tu sempat lagi jmpe dy..ingat dy x dtg..skli dy dtg la..seb smpat amik gmba ngn dy..huhu..knangan..cehh~~ seb gmba ni lawa,klo buruk ak x msokknye..haha...xpe,at least ad gmba ngn dy..hihi..ble la nk kua lagi ann..??hmm...bln 6 kott..harap jadi laa...:) now,sume busy,..nk midterm..:) gud luck kyra..pape un korg kwn ak..spe2 pon kwn ak jugak..huhu..:)


~FRIENDSHIP FOREVER~


<3 LOVE YOU KYRA AND SABRINA <3








Saturday, April 16, 2011

AIR MATA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini.... Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan... Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru... Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi... Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang... Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia)... Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya...
“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)

Tangis adalah basahan hidup... Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan,, Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.”

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali...” Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya.. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid.. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur..” Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan.. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya.. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.. Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa..” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan..”

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan.. Lupakah kita? Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis..” Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai.. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka..

Namun ALLAH SWT telah berfirman,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)


Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri.. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan..

Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menagis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.. Menagislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu... “Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang...” Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan... Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa... Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah..” Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur.
“Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”...

Friday, April 15, 2011

'DIRI INI IBARAT PINGGAN'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Kenapa sy ckp diri ini ibarat pinggan??haa??jengjengjeng..haha ^_^ Bace lah duluu...

 Aindaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih dan cantik tanpa sebarang kecacatan..Lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..
  Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaannya yang masih kotor, tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan kita basuh hingga bersih kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yang sepatutnya...
  Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai...Tidak boleh bezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca... Tiada nilainya lagi... Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina...
  Begitulah jua halnya dengan Allah Taala.. Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih,elok tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita... Iaitu SYURGA...
  Namun jika kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan 'basuh' kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum masukkan kita ke dalam syurgaNya..
  Tetapi jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahanam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah, tiada nilai lagi.....

Sebab tu la saya kata 'DIRI INI IBARAT PINGGAN'...Jadi, tunggu apa lagi....Jadilah seperti pinggan yang PERTAMA tadi tuu..insyaAllah.. cube lahh...

        Apa yang paling dekat dengan diri kita- MATI
        Apa yang paling jauh dari kita di dunia- MASA LALU
        Apa yang paling besar di dunia- NAFSU
        Apa yang paling berat di dunia-MENANGGUNG AMANAH
        Apa yang paling ringan di dunia-MENINGGALKAN SOLAT
        Apa yang paling tajam di dunia-LIDAH MANUSIA....

                                                         Semoga bermanfaat untuk anda...^_^

Saturday, April 9, 2011

'Selamat Hari Lahir Untuk Kamu'...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

 Alhamdulillah, pada 5 April dan 8 April 1995, adalah hari kelahiran kamu..^_^ selamat hari anda di lahirkan..hehe, semakin bertambah usia semakin banyak perkara yang dipelajari...so, i nak wish even da lambat sekali pon..."HAPPY BELATED BIRTHDAY"!!...May Allah bless you dear,take care where ever you are,semoga panjang umur murah rezeki,semoga ceria2 selalu...lagi2 bila masuk sekolah baru dan akhir sekali, sentiasa dipermudahkan segala urusan yang akan kamu lakukan ...hmm,actually wished ni di tujukan pada dua orang kawan saya..it's means NURUL AIMI AMRAN DAN ZAKIRA ROSLAN...mse birthday kyra sy wish...tp mse bufday aimi...sy x wish unn,xkira la same ad kat phone or fb or mane2 jea...coz time tuu sy rse mcm  x berminat nk wish bufday dye..ntahlah, knpe sy rse centu pun sy x tw laa...slalu nye aimi nye bufday tiap2 taon sy wish..siap bg hadiah ag..tp taon ni ntahlahh...asy rse sy x ngam dgn dy skunk..susa klo dgn dy..yeah,honestly ap yg sy ckp nie adalah benar...sorry aimi,sy x wish ur bufday this year...but,dun wury hadiah awak tetap sy sediakan.. n kyra thanx tw,awk selalu ingat sy even ko slalu busy..haha..skowla baru kan..sy fhm..xpe,troskan pjuangan anda ^_^...smoga anda bjaye kat sne ty..blaja rajen2 eah..ow yah...aimi,,cpt2 la wt pilihan tu nk msok skowla mane..plih la yg terbaik untuk diri kamu... and sorry coz kte wt cney kat km..tp kte rse km x kesah kn klo kte wish ke x wish ke kan..what ever laah..apa pun,saya doakan awak akan bahagia di samping insan TERSAYANG..yang akan buat kamu bahagia dan gembira selamanya..Lastly, 1 more things that you must to know ,, I LOVE YOU SO MUCH AIMI!!! I LOVE YOU SO MUCH KYRA!!!






                                                               Love you,
                                                                               AIMI AND KYRA...:)


                                                                      

Tuesday, April 5, 2011

46 KAWAN BAIK .. !!


Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi
kawan yang baik .

Kawan yang baik
tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik
tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya
kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya
untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik
tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat
perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik
adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk
berbuat kebaikan.

Kawan yang baik
adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih
atau gembira.
Kawan baik
menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik
tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada
disisinya.
Kawan yang baik
tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan
kawan yang baik
.
Kawan yang baik
tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai
kawan baik
, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik
akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan
kawan baik
nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah
kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah
kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah
kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik
akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan
kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi
kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat
kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi
kawan baik yang baik...!!!!!

widget