Welcom to my blog


LED Text Scroller
welcome to my blog

TODAY IS:

Saturday, October 29, 2011

Buatmu Yang Diingati. . . .

Dihentian ini... terdampar dalam kesunyian.
Dihentian ini... bermacam bayangan menjelma.

   Dalam mendaki menara gading...
   Bak umpama masuk berlukar...

Manusia punya rasa, Tuhan punya kuasa...
Selagi nafas terlekat di rongga...
Jangan sekali berpaling arah... Undur ke belakang..
Kerana sesungguhnya insan yang berjaya,
Tidak kenal erti kekecewaan...

   Janganlah engkau berharap engkau insan lain...
   Sesungguhnya engkau adalah engkau...
   Cubalah cintai diri sendiri...
   Semuanya kucapai kemanisan kejayaan...

Sesungguhnya tiada apa yang mustahil...
Apa jua akan menjadi kenyataan...
Sekiranya ada kesungguhan dan keyakinan...
InsyaAllah, Allah akan kabulkan apa yang diinginkan...
Jika dipohon dengan penuh keyakinan dan keikhlasan...

Semoga berjaya !!! =)

DIA KATA . . . .

Aku katawa, dia kata aku gila.
Aku menangis, dia kata aku sakit jiwa.
Aku senyum, dia kata aku mengada-ngada.
Aku tersengeh, dia kata aku tak ubah macam kera.

Aku ke perpustakaan, dia kata aku ulat buku.
Aku ke bilik air, dia kata aku nak menyolek diri.
Aku berdiri, dia kata aku nak tayang body.
Aku duduk, dia kata aku letih berdiri.

Aku termenung, dia kata aku duk ingat teman lelaki.
Aku gigit jari, dia kata aku kecewa bercinta.
Aku kenyit mata, dia kata aku nak memikat dia.
Aku garu kepala, dia kata aku tak reti kira-kira.

Aku ke koperasi, dia kata aku nak tunjuk kaya.
Aku ke taman, dia kata aku nak berasmara.
Aku tak makan, dia kata aku 'diet'.
Aku ke bilik rawatan, dia kata aku nak ponteng.

Aku ke padang, dia kata aku olahragawati.
Aku ke surau, dia kata aku nak tunjuk alim.
Aku menjeling, dia kata aku sakit hati.
Aku berdandan, dia kata aku nak melawa.

Aku.... aku, aahhh!!! semuanya tak kena.
Kalau dia, eehh!! semuanya sempurna.
Aku mula relax, dia mula tak tentu rasa.
Dia resah, aku buat muka selamba saja...  hahaha!!:D

( Nak hiburkan hati saje )

widget